Khamis, 20 November 2008


Hidup sebagai seorang muslim

Marilah menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. Amat mudah dan jangan memayahkan. Syahadah anda sudah meyakinkan anda bahawa anda adalah hamba Allah yang ingin mentaati segala titah perintah-Nya. Anda berkeyakinan Allahlah sebagai sembahan, Allahlah yang mencipta seluruh alam ini. Allah tersemat di dalam hati anda.
Perakuan anda bahawa Muhammad s.a.w. adalah Rasulullah menyaksikan sedang mengerjakan semua ajaran yang telah dilaksanakan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Lalu anda melaksanakan semua ajaran Rasulullah s.a.w. ini di dalam seluruh aktiviti hidup. Jadilah anda muslim dalam berakidah. Jadilah anda muslim dalam beribadah. Jadilah anda muslim dalam berakhlak. Jadilah anda muslim dalam pergaulan bermasyarakat. Jadilah anda muslim dalam bernegara.
Bersyukurlah anda kerana dihidupkan di atas muka bumi ini. Marilah menabur bakti selagi ada upaya.